Live Tutorial Ekelas Maxis 2020 Spm

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2020 (Sabtu) telah berlangsungnya Tutorial Secara Langsung untuk eKelas 2020 setelah beberapa bulan tidak dapat dijalankan kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat Covid 19. Kelas pada kali ini dikhususkan untuk pelajar tingkatan 5. Ekelas 2020 akan memperkenalkan cara pembelajaran terbaharu yang akan melibatkan kerja berkumpulan dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik. Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Yan Kechil, selama 2 jam bermula dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini dihadiri daripada 7 orang pelajar tingkatan 5.

Peserta berpeluang mengulangkaji pelajaran melalui Portal eKelas dan juga secara langsung bersama guru yang terlatih. Antara mata pelajaran yang disediakan untuk kelas ini adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Tajuk Matematik minggu ini ialah Matriks oleh cikgu Denis dan Tajuk sains minggu ini ialah Momentum oleh cikgu Syakir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali